Apakah yang menyebabkan slippage dalam Forex?
1. Ketaktentuan (Turun Naik) Tinggi

Pengumuman berita utama, data makroekonomi (seperti A.S. NFP atau AS CPI), atau peristiwa geopolitik yang tidak dijangka boleh menyebabkan harga melonjak dalam sedetik dan menghasilkan senggang harga pada carta. Jika anda membuat pesanan pada masa ini, ia akan dilaksanakan pada sebutharga pertama yang tersedia, tidak semestinya pada harga yang anda lihat dan jangkakan.
Keadaan ini berlaku kerana pelaksanaan dagangan biasanya mengambil masa 50 hingga 300 milisaat, bergantung pada kelajuan broker Forex anda. Apabila harga bergerak dengan pantas, malah pesanan terhad sekalipun tidak dilaksanakan pada tahap yang diingini — kadangkala, sistem tidak dapat mengejarnya.
Sebagai contoh, anda beli EURUSD pada 1.0800 tepat sebelum laporan pekerjaan A.S. diumumkan. Harga naik mendadak secara tiba-tiba sebaik sahaja berita tersebar, dan bukannya masuk pada 1.0800, dagangan anda dilaksanakan pada 1.0815.
2. Berkecairan rendah

Semakin ramai peserta yang terlibat, semakin mudah untuk mendapatkan seseorang yang sudi mengambil sisi lain dagangan anda. Walau bagaimanapun, jika kecairan adalah paras terendah (terdapat sedikit pembeli dan penjual aktif dalam pasaran pada paras harga yang diberikan),slippage juga boleh berlaku. Keadaan ini sangat biasa semasa pembukaan pasaran, sejurus sebelum penutupan, di luar waktu dagangan, atau ketika berdagang pasangan matawang eksotik dan aset yang kurang aktif.
Sekiranya berlakunya slippage kecairan rendah, pesanan akan dilaksanakan dan dipenuhi pada harga terdekat yang tersedia, yang mungkin berbeza beberapa pip daripada kemasukan yang anda inginkan — terutamanya jika terdapat kekurangan sebutharga dalam buku pesanan.
Sebagai contoh, pada April 2025, peningkatan tarif secara mendadak antara China dan Amerika Syarikat berlaku semasa sesi dagangan Asia pada waktu malam — iaitu ketika kecairan biasanya berada pada paras terendah. Menurut laporan tersebut, AUDUSD jatuh dari kira-kira 0.6400 kepada bawah 0.6100 dalam masa beberapa jam sahaja. Itu adalah 300 pip, jauh lebih teruk daripada turun naik biasa.
Bolehkah slippage menjadi positif?